Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera dan angkatan sukarelawan Syria dengan bantuan pesawat perang Russia dan negara itu telah berjaya menawan semula kem pelarian Palestin yang terletak di Handarat di utara Aleppo semalam. Menurut sumber tempatan, pasukan tentera Syria pada permulaanya merampas kembali lapan kawasan strategik tentera sebelum melengkapkan kawalan penuh mereka ke atas kem tersebut pada waktu tengah hari semalam.
Tentera Syria sebelum itu telah mengerahkan sejumlah besar anggota mereka di pinggir utara bandar Aleppo pada hari Isnin di dalam rangka melaksanakan operasi untuk menawan semula kem Handarat yang dikuasai oleh Jeish al-Fatah.
Di dalam perkembangan yang terdahulu, tentera Syria dan tentera Liwa al-Quds telahpun berjaya merampas kem tersebut pada minggu lepas. Akan tetapi, mereka terpaksa berundur dua hari selepas kejayaan pertama mereka dikeranakan tentangan sengit yang ditunjukkan oleh pihak militan yang berusaha untuk merampas kembali kawasan tersebut.
Para pemerintah tentera Syria kemudiannya mengambil keputusan untuk mengundurkan tentera mereka dari kawasan yang sebelumya dirampas kembali pada pagi Ahad lalu untuk mengelakkan jumlah korban yang tinggi daripada pihak mereka.
Beberapa jam kemudian, jet pejuang Russia dan Syria dilaporkan telah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas posisi pasukan militan di Handarat di dalam usaha mereka untuk membantu operasi pasukan darat.
Beberapa minit selepas serangan itu, pasukan tentera dan pejuang Liwa al-Quds telah melancarkan serangan bersama mereka terhadap garisan pertahanan pertama pengganas di Kem tersebut sebelum memperolehi kembali kawalan ke atas kawasan itu.
Tentera Syria kembali merampas kem pelarian Palestin di Handarat, Aleppo
Tentera Syria Merampas Kembali Kem Handarat Daripada Kawalan Militan
30 September 2016 - 04:02
News ID: 782320
Tentera dan angkatan sukarelawan Syria dengan bantuan pesawat perang Russia dan negara itu telah berjaya menawan semula kem pelarian Palestin yang terletak di Handarat di utara Aleppo semalam